Tuesday, 14 February 2012

Kepentingan bahasa

Manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Penggunaan bahasa yang betul dan tepat akan memudahkan komunikasi. Dalam hidup kita, gunalah bahasa secara sederhana, dan sesuai dengan situasi. Pengucapan yang lahir dari jiwa yang murni, akan menyentuh hati orang lain. Bahasa yang kita gunakan termasuklah tulisan, iklan atau surat yang dikirim kepada sesiapa sahaja. Sebagai contoh, anak muda dalam video di atas menggunakan bahasa yang indah untuk memenangi hati gadis pujaannya.