Aktiviti

Pantai Melinsung, Papar, Sabah
Beberapa minggu lepas, saya telah mengunjungi pantai seperti pada waktu senja hingga awal malam. Di sana saya memerhatikan pertukaran siang dan malam, di samping cuba memancing ilham untuk menulis sajak.


PERHATIAN: 

MINGGU BAHASA

Minggu Bahasa akan berlangsung dari 2/3/2012 - 4/3/2012. Program ini bertujuan memupuk penggunaan bahasa dengan betul, selain mengasah bakat pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran berbahasa.

Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan pidato bahasa Melayu, sila berikan nama anda kepada saya selewat-lewatnya pada 2 Mac 2012. Para peserta dikehendaki menyediakan teks pidato sendiri; sama ada mengarangnya sendiri atau mendapatkannya daripada mana-mana sumber. Dua kategori dipertandingkan, iaitu kategori menengah atas dan kategori menengah rendah.

Peserta yang menjadi juara bagi setiap kategori akan mewakili MRSM Kota Kinabalu ke Minggu Bahasa MRSM Zon Barat pada bulan April nanti.

No comments:

Post a Comment