Nota

  1. Untuk mendapatkan maklumat tentang KOMSAS Tingkatan 4, sila klik http://bmspm.net/menukomsast42010.htm 
  2.  Nota Tingkatan 1: Kata Pemeri - ialah dan adalah. Sila klik http://namharahman.blogspot.com/2009/10/kata-pemeri.html
  3.  Peribahasa - untuk mengetahui khazanah peribahasa kita, dan menggunakannya dalam kehidupan seharian, sila klik http://blog.upsi.edu.my/AbdullahHassan/
  4.  Tatabahasa SPM: Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Sila klik http://bmspm.net/cakapajukcakappindah.htm


Kaedah: Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah
Kaedah Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah
Oleh
Mohd Azam Bin Ahmad- Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Assalamualaikum.
Selalunya murid didapati berusaha menukarkan cakap ajuk atau dialog kepada cakap pindah secara wewenang atau "trial and error". Mereka tidak mempunyai suatu kaedah yang kukuh untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, murid berasa sukar untuk melakukan usaha tersebut. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengemukakan satu kaedah yang telah saya bentangkan untuk kali pertama di Kursus Profesionalisme Guru-Guru Bahasa Melayu Negeri Melaka di GoldCoast, Klang pada tahun 2007 lalu.

Kaedah: Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah

Perhatikan cakap ajuk di bawah :

"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu kepada Aini.

Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah, murid hendaklah berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :

a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali persona
c. Kenali Konteks Komunikasi

Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:

a. Kenali Topik Perbincangan :
i. makanlah segera.
ii. jangan lupa basuh pinggan.
b. Kenali persona :
i. ibu
ii. Aini
c. Kenali Konteks :
i. pesan

Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina ayat sendiri dalam ragam cakap pindah. Misalnya,

i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa membasuh pinggan.
ii. Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur dalam elemen komunikasi dalam cakap ajuk atau dialog itu tidak tertinggal dalam proses menukarkannya kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, wacana dalam cakap ajuk atau dialog itu tetap terpelihara dalam cakap pindah.
Kaedah ini juga membolehkan murid menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk atau dialog. Apabila murid mengenali unsur dalam elemen komunikasi tersebut, murid hanya perlu menggunakan unsur tersebut dalam membina cakap ajuk atau dialog sendiri. Proses membina cakap ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.

   5.  Saya sering ditanya oleh para pelajar yang ingin mengetahui tentang gaya bahasa ketika mengajar KOMSAS. Diharapkan nota ini dapat membantu pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gaya bahasa. Sila klik http://zulfazlan-jumrah.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment