Pengumuman

1. Kepada pelajar tingkatan 4 Zamrud,sila baca dan hayati teks drama "Gelanggang Tok Wali." Kita akan pentaskan drama berkenaan pada 5 Mac 2012 nanti di Dewan Mengaris.




2. Saya tidak akan masuk ke kelas dari 27 Februari hingga 1 Mac 2012 kerana akan menghadiri kursus pendedahan Penilaian Berasaskan Sekolah di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Sepanjang ketiadaan saya sepanjang tempoh tersebut, akan ada beberapa orang guru akan mengambil alih tugas saya nanti. Harap maklum.




3. Kepada semua pelajar tingkatan dua, tarikh penghantaran kerja kursus individu dan kumpulan telah dilanjutkan ke 20 Februari 2012. Sila pastikan nama kesemua ahli kumpulan dicatatkan pada kulit luar kerja kursus anda.


4. Kepada pelajar Tingkatan 3 Nilam yang masih belum menghantar tugasan karangan laporan berkaitan dengan kejohanan ping pong peringkat daerah Papar yang diadakan pada minggu lalu, sila berbuat demikian selewat-lewatnya hari Jumaat ini (17 Februari 2012). 




5. Kepada pelajar tingkatan dua dan tiga, pembentangan kumpulan akan diadakan pada minggu hadapan, bermula 20 Februarin2012.

Catatan: 
(Tingkatan 3 - langkah-langkah mengurangkan kadar  kemalangan jalan raya)

(Tingkatan 2 - punca-punca remaja terlibat dalam jenayah juvana)

1 comment: